Program Anak Angkat Pusat Sains Negara

Pada 11 Oktober 2009 yang lalu 3 orang pelajar sekolah ini telah mewakili negeri Kedah untuk menyertai Program Anak Angkat Pusat Sains Negara dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Pelajar tersebut adalah Nur Athirah bt Kamarudin(1A),Nurul Syifa bt Shuib(1A)dan Nur Syahirah bt zulkifli(1B)dan guru pengiring yang menyertai program tersebut adalah Cik Rozaline Marizan.
Pada hari pertama iaitu hari Ahad,kami bertolak pada pukul 9 pagi dari sekolah.Kami tiba pada pukul 2.30 petang,di Hotel City Park dan membuat pendaftaran di loby Hotel.Kami diberi kunci bilik,2 helai baju t-shirt,Kupon makan dan tanda nama.kami dibenarkan berehat dan minum petang.pukul 8 malam Kami diminta untuk ke Hotel International Kuala Lumpur kerana mendengar taklimat dari penolong pengarah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dan juga warden yang menjaga kami tentang keselamatan kami di Hotel.Pukul 9 malam,kami dibenarkan untuk pulang ke Hotel untuk berehat.
Pada hari kedua,iaitu hari Isnin kami dikejutkan pada pukul 5.30 pagi melalui telefon Hotel.Pukul 6.30 pagi kami pergi ke Hotel International Kuala Lumpur untuk bersarapan dengan mengunakan kupon yang diberi.Selepas itu, kami berkumpul di hadapan Hotel untuk pergi ke Pusat Sains Negara (PSN)kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.Kami tiba pada pukul 9 pagi di PSN.
kami diminta untuk ke Audi Ibnu Sina untuk mendengar taklimat daripada Mister Lau tentang peraturan semasa di PSN.Pukul 9.30 pagi kami ke perpustakaan PSN dengan dibantu oleh fasilitator.Selepas itu kami pergi
MPH untuk minum pagi dan meneruskan aktiviti kami iaitu ice breking.Kami diberi akitiviti iaitu melukis mengunakan tangan kidal dan menukarkan gambar dengan rakan yang lain dan bertukar-tukar biodata.Kami juga dibahagikan kepada 12 kumpulan dengan seorang guru dan seorang fisilitator.Pukul 1.30 tengahari, kami makan tengahari dan solat bagi yang beragama Islam.Kemudian diteruskan dengan aktiviti Let's animate bersama Mister Brain yang berasal dari London.Beliau sudah 23 tahun menetap di Malaysia bersama dengan isterinya.Ativiti tersebut mengenai tentang cara-cara membuat rangka cerita iaitu box office.Selepas itu,kami minum petang pukul 4.30 petang dan solat.Kami membuat perbincangan tentang pergerakan animasi yang akan kami lakukan.pukul 7 malam kami makn malam dan solat.Pukul 7.30 malam kami membuat aktiviti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan