Program Anak Angkat Pusat Sains Negara
Ahad, November 08, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment |
Pada 11 Oktober 2009 yang lalu 3 orang pelajar sekolah ini telah mewakili negeri Kedah untuk menyertai Program Anak Angkat Pusat Sains Negara dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Pelajar tersebut adalah Nur Athirah bt Kamarudin(1A),Nurul Syifa bt Shuib(1A)dan Nur Syahirah bt zulkifli(1B)dan guru pengiring yang menyertai program tersebut adalah Cik Rozaline Marizan.
Pada hari pertama iaitu hari Ahad,kami bertolak pada pukul 9 pagi dari sekolah.Kami tiba pada pukul 2.30 petang,di Hotel City Park dan membuat pendaftaran di loby Hotel.Kami diberi kunci bilik,2 helai baju t-shirt,Kupon makan dan tanda nama.kami dibenarkan berehat dan minum petang.pukul 8 malam Kami diminta untuk ke Hotel International Kuala Lumpur kerana mendengar taklimat dari penolong pengarah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dan juga warden yang menjaga kami tentang keselamatan kami di Hotel.Pukul 9 malam,kami dibenarkan untuk pulang ke Hotel untuk berehat.
Pada hari kedua,iaitu hari Isnin kami dikejutkan pada pukul 5.30 pagi melalui telefon Hotel.Pukul 6.30 pagi kami pergi ke Hotel International Kuala Lumpur untuk bersarapan dengan mengunakan kupon yang diberi.Selepas itu, kami berkumpul di hadapan Hotel untuk pergi ke Pusat Sains Negara (PSN)kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.Kami tiba pada pukul 9 pagi di PSN.
kami diminta untuk ke Audi Ibnu Sina untuk mendengar taklimat daripada Mister Lau tentang peraturan semasa di PSN.Pukul 9.30 pagi kami ke perpustakaan PSN dengan dibantu oleh fasilitator.Selepas itu kami pergi
MPH untuk minum pagi dan meneruskan aktiviti kami iaitu ice breking.Kami diberi akitiviti iaitu melukis mengunakan tangan kidal dan menukarkan gambar dengan rakan yang lain dan bertukar-tukar biodata.Kami juga dibahagikan kepada 12 kumpulan dengan seorang guru dan seorang fisilitator.Pukul 1.30 tengahari, kami makan tengahari dan solat bagi yang beragama Islam.Kemudian diteruskan dengan aktiviti Let's animate bersama Mister Brain yang berasal dari London.Beliau sudah 23 tahun menetap di Malaysia bersama dengan isterinya.Ativiti tersebut mengenai tentang cara-cara membuat rangka cerita iaitu box office.Selepas itu,kami minum petang pukul 4.30 petang dan solat.Kami membuat perbincangan tentang pergerakan animasi yang akan kami lakukan.pukul 7 malam kami makn malam dan solat.Pukul 7.30 malam kami membuat aktiviti

PMR Examination Day
Rabu, Oktober 07, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment |
Peperiksaan PMR bermula hari inidan seramai ..... pelajar SMKTSIP telah menduduki peperiksaan tersebut.
Ramadhan
Selasa, Ogos 25, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment |

BULAN Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding dengan bulan-bulan lain. Ramadhan bukan sahaja bulan bila mana umat Islam mengerjakan ibadah puasa iaitu menahan lapar dan dahaga, malah dalam bulan ini juga turunnya al-Qur’an serta terdapatnya fadilat yang sungguh bermanfaat untuk umat Islam sekiranya melakukan segala amalan yang di suruh.
Antara fadilat Ramadhan adalah:1 Kamu akan di naungi pada bulan Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas daripada seksa kubur).2 Bulan penuh keberkatan.
3 Waktu malamnya adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
4 Amalan solat sunat menyamaidengan solat fardhu.5 Solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6 Bulan kesabaran dan pahalanyaadalah syurga.7 Bulan untuk menambah rezeki.8 Ketika berbuka ia memberibanyak pahala.9 Bulan keampunan :Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.Juga doa pada sepertiga malam.10 hari pertama adalah mulanya rahmat.10 hari pertengahan – pengampunan.10 hari terakhir - kemerdekaanapi neraka.
Merdeka ke- 52
Rabu, Ogos 12, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment |
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang muliaHari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Nyanyian : Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Selasa, Ogos 11, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment |

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.
Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.
JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Ahad, Ogos 09, 2009 | Dicatat oleh NaNiE | 0 comment | Label: Camping
Langgan:
Catatan (Atom)